Kelas Perniagaan_Taklimat SSM Biztrust: Digitalisasi Pemangkin Perniagaan

10 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mei 2024, Program SSM Biztrust telah kembali diadakan pada 9 Mei 2024 bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta yang melibatkan petugas dan usahawan dari NADI. Program pada kali ini bukan sahaja melibatkan NADI akan tetapi melibatkan pihak SSM, FAMA AGROBAZAAR, PERNAS. Berteraskan kepada taklimat mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ini, rakan strategik yang lain turut sama menghebahkan tentang skim yang tertakluk di bawah agensi masing-masing.

Di samping penerangan yang diberikan, program turut diselang selikan dengan permainan kahoot terhadap para peserta selain sesi soal jawab yang diadakan. Program bulanan ini bukan sahaja membantu para usahawan untuk mendaftarkan lesen perniagaan mereka di SSM akan tetapi mengetahui akan pembiayaan yang disediakan oleh rakan strategik yang lain.

Program yang dijalankan secara dalam talian menggunakan Microsoft Teams ini berakhir pada jam 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali